The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
News & Updates
›
PREVIU JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER JULAI 2019
PREVIU JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER JULAI 2019
Oct 10, 2019 - FAS
Sebanyak tiga perlawanan bakal berlangsung pada bulan Julai bagi skuad Selangor untuk saingan Liga Super 2019.
Untuk bulan yang lalu, Selangor berjaya mengutip enam mata daripada tiga perlawanan yang berlangsung.
Selangor berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kuala Lumpur, tewas 3-2 ke atas JDT dan kembali mencatat kemenangan bergaya ketika menentang Pahang dengan jaringan 5-2.
Bagi bulan Julai, Selangor akan bertandang ke Stadium Tun Abdul Razak bagi menentang pasukan Felda United pada 7 Julai jam 9 malam.
Menentang Felda United pada pertemuan lalu, Selangor sekadar mencatat keputusan seri hasil jaringan Hadin Azman pada minit-minit terakhir perlawanan.
Selain itu, Felda juga menjadi duri dalam daging buat Selangor selepas mereka berjaya menyingkirkan skuad Red Giants daripada saingan Piala FA April lalu.
Oleh itu, selain daripada misi meraih tiga mata penuh untuk memburu tangga kedua liga, perlawanan ini juga dilihat sebagai misi khas Red Giants untuk membalas dendam.
Tiga hari kemudian, Selangor dijadualkan menentang pasukan Perak di Stadium Perak pada jam 9 malam.
Perlawanan ini pastinya ditunggu-tunggu kerana sejarah perseteruan kedua-dua pasukan ini cukup sengit.
Untuk rekod, pada perlawanan sebelum ini, Selangor mencatat keputusan 1-1 menentang Perak dan kali ini Red Giants bertekad mahu menghentikan momentum pasukan The Bos Gaurus dan membawa pulang tiga mata penuh ke Shah Alam.
Lawan terakhir Selangor bagi bulan ini adalah pasukan PJ City FC di Stadium Shah Alam pada 13 Julai.
Perlawanan ini merupakan perlawanan terakhir liga untuk pasukan Selangor sebagai tuan rumah.
Tiga mata penuh perlu diraih pasukan Selangor untuk perlawanan ini selepas sekadar mencatat keputusan seri 1-1 pada pertemuan sebelum ini.
Semoga sembilan mata penuh bakal diraih pasukan Selangor bagi saingan liga bulan ini, sekaligus memberi tekanan buat pasukan Pahang di tangga kedua Liga Super 2019.
←
Previous
Red Giants Hapus Badi Jengka
Next
PIALA BELIA 2019: Rangkuman Jun dan Jadual Ju...
→
FA SELANGOR NEWS
Match Preview ACC Shopee Cup™ | Final (2) | Buriram United FC vs Selangor FC | For Selangor!
Read more
Review of the ACC Shopee Cup™ Match | First Leg of the Final | Selangor FC 0-1 Buriram United | We Will Rise Again!
Read more
ACC Shopee Cup™ Match Preview | Final (1) | Selangor FC vs Buriram United FC | The Team Is Ready!
Read more
SFC Nutrition Month 2026 – Fuelling Future Football Champions
Read more